In Beli Produk Shaklee Buat Baik Sesama Insan Daftar Jadi Ahli Shaklee pengedar shaklee setiawangsa pengedar shaklee wangsa maju Random Act of Kindness Superstars Shaklee

Apa Itu "Random Act of Kindness"?

Hari tu dalam FB saya ada janji nak cerita pasal Random Act of Kindness ingat tak? Saya tak tau whether masyarakat kita kat Malaysia ni tahu atau tak tentang Random Act of Kindness ni sebab saya sendiri diperkenalkan dengan aksi ni (eh, aksi ke nak panggil?) masa saya kerja kat Dublin, Ireland dulu. Best kan dengar nama tu, Random Act of Kindness tapi apa sebenarnya dalam term yang sangat sofistikated gitu? Nak tahu tak apakah yang orang sibuk sibuk dok cite pasal Random Act of Kindness tu?

Sebenarnya gini: dulu dah tahu kan saya ni kerja kat Dublin, Ireland kan? Masa tu kerja sana sebagai Quantity Surveyor. Atau orang kata Jurukur Bahan. Kira saya ni macam akauntan untuk bangunan. Saya kira harga bangunan. Tahu pasal setiap harga raw materials sebelum semua pasang pasang untuk construct bangunan tu. Cakap je harga apa; konkrit, besi, simen, batu bata, tingkap, cermin, semua lah. Oh including all the labours / workers yang nak buat kerja tu. Kira dulu masa time ohsem dan hebat bekerja tu; awak tanya gitu je saya boleh jawab gitu gitu je. Semua dalam kepala otak ni. 

Tapi, after a whilerecession came in! Ekonomi merudum dengan jayanya. So, apa yang kena dulu? Mestilah construction kan? Sebab construction field memang akan jadi yang pertama nak kena tempias ekonomi merudum ni. Saya pulak, sebab antara staff yang terbaru join company tu… terus lah! Kena retrenched. Sebak lah jugak. Masa tu dah kerja almost three and a half years. Tapi, saya jugak time tu tengah usaha nak habiskan degree saya yang kedua. Ye, saya tahu. Bajet bajet bijak kan nak ada sampai dua degree?! Haha. Ini boss mat salleh tu lah paksa amik sebab masa tu degree saya kat UIA tu tak accredited worldwide; so takleh pakai kat overseas untuk apply for chartered surveyors (Tak tak, at the end saya tak pi amik pun exam. Ngeng tak?). Sebab boss mat salleh insist untuk teruskan (sebab mereka bayar fees saya EUR3500 per semester - ada 4 semester altogether). So, melepak lah saya kat Dublin tu. 

Nak gi class yang sehari je seminggu mesti nak kena ada duit poket ye tak? So, nak kena keje betul tak? Satu hari pernah hantar sampai 20 application kerja, untuk tempoh 3 bulan straight! Gila weh! Banyak jugak lah dapat surat cinta yang berbunyi, “we regret to inform you…” hah! Pengsan ke pengsan?

Pendekkan cerita; dah usaha tungkus lumus… saya pun akhirnya dapatlah kerja sebagai sales assistant kat satu kedai sabun ni LUSH. Punya lah susah nak dapat kerja tu! Walaupun hanya sebagai sales assistant tahu tak? Ada 35 orang, nak amik 2 je! Kita ni mana penah jaga kedai? Memang redah all the way, bebeh! Dan saya satu satunya Asian sebab lain semua mat salleh comey. Tapi dapat, alhamdulillah. Rezeki tu kan rahsia ALLAH?

Masa kerja kat LUSH tu lah, saya diperkenalkan dengan Random Act of Kindness. By the way, LUSH ni memang kedai sabun. Tapi dia environmental friendly gitu dan sangat mementingkan recylce, awareness, etc. Banyak saya belajar kat sini, banyak jugak pengalaman yang ajar saya tentang hidup. Life.

So, apa itu Random Act of Kindness ni?

Ini macam, berbuat baik tanpa nak tunjuk baik. Buat baik diam diam. Haa… sweet tak? Sebab kadang kadang, orang tu yang kita nak buat baik, bila dia tahu kita nak buat baik… dia takmo. Sebab takut terhutang budi. So, kita buat senyap senyap lah. Haa… bila dia balik, dia sengih gitu. Awesome tak?

Tapi nak buat kat sapa? Kat orang yang memerlukan atau orang yang kawan kawan kita je? Ni paling best. Sebab jawapan dia; kita buat kat sesapa pun yang kita nak. Ini lah yang dinamakan “buat baik dibalas baik!”. Kenapa kita nak buat baik? Perlu ke kita buat baik? Sapa yang nak buat baik? Untuk apa? 

Untung riangkan orang tu dan sebagai gesture kita doakan dia riang ria macam kita dan untuk dia teruskan aura positif tu untuk yang lain. Haa… best kan? Ada ke macam tu kat Malaysia ni? Saya tak pernah come across lagi so far ni. Mungkin ada, mungkin takde. 



Dulu masa kat sana, saya buat ni di LUSH masa musim Krismas sebab masa tu mereka ni nak tolong orang. Kira macam time kita nak beraya. Ha, gitu. Apa yang kita buat? Okay, kan saya ni dulu jual sabun kan? So, biasanya… kalau ada pelanggan yang masuk tu, dia dah beli beberapa barang; kita akan masukkan satu lagi produk dan letak nota tentang Random Act of Kindness ni dan apa motif kita buat. Haa… siap kita explain situ apa makna dia. Kadang kadang, kita pegi dekat homeless tepi tepi jalan tu; kita bagi dia sebuku sabun dan sepotong sandwich! Tapi kami tak bagi depan depan. Planning tu penting. Sorang pi buat buat borak dan bagi wang, dan kami senyap senyap letak belakang dia. Atau tepi dia. Kira tak nampak lah! Hahaha… sweet kan? 

Ha, gitu lah cara kami buat Random Act of Kindness tu. Kat sana benda ni macam viral. Seronok sangat rasa. Bukan lah sabun harga juta juta pun, tapi seronok put a smile on someone’s face. Dan ada antara homeless ni yang siap datang kedai kami dan cakap thank you. Dan ada jugak antara mereka yang datang dan dengan bangganya cerita kat kami, “I smell nice & lovely now and thanks to you ladies!”

Haha. Best kan? Best ke best? Cakap lah, cakap lah! 

So, jom kita mulakan Random Act of Kindness hari ni! Jom mulakannya di mana saja awak berada! Takde banyak duit? Saya bukan ajak awak pump in money untuk bursa saham lah! Ni cuma untuk sebarkan aura positif dan kebaikan manusia sejagat! Lagipun, the thought that counts. Not the amount! Ha, gitu. Hoho. 

Okay, dah bebel too long dah boleh tulis novel! Nanti saya sambung pok pek lagi okeh. Jangan rindukan saya tau!

Terima kasih semua dan assalamualaikum. 

Nota kaki: Saya dapat sepotong kek dari kafe ni tau! Mungkin orang tu sedang sebarkan Random Act of Kindness jugak kot, kan? Hihi.

Related Articles

0 comments: