In 7 Tips Memilih Skincare Best Skincare Cantik Shaklee Skincare Halal Skincare Shaklee Tips Memilih Skincare Terbaik tsunami shaklee Ultimate 5

7 Tips Memilih Skincare Yang Terbaik

Hellooo, awak. Cik Lisa bebetul seronok nak kongsi 7 Tips Memilih Skincare Yang Terbaik dengan awak hari ni. Bila kita nak pilih skincare, ianya nampak tak susah. Tapi tak lah nak mudah. Bila salah pilih produk, menangis tak berlagu lah lepas tu. Wajah. Looks. Rupa. Penting ke tidak?

*Anyway, kalau rasa penat nak baca pot pet Cik Lisa yang berjela, boleh lelaju scroll kat bawah sekali sebab Cik Lisa ada kongsi link untuk tengok video yang Cik Lisa buat khas untuk entri ni.




Mesti lah penting. Sebab apa apa pun, orang nampak muka kita. Yang berniqab pun, sama jugak. Kita jangan assume mereka tu dah selamat. Sama jugak, bila mereka balik ahli keluarga yang mana tak perlu berniqab? Ha, sama jugak lah kan?


Akan alami masalah sama macam kita semua ni jugak lah! Haih. Bukan lah nak kena CANTIK selalu, tapi kena lah make sure muka kita tak lah meloyakan sesiapa yang tengok, betul tak? Tapi, kalau salah pilih skincare… muka berkerutu dan jerawat bersepah? Hoih! Pengsan lah. Macamana?

Sebab tu lah proses pemilihan jenis skincare yang kita pilih nak pakai seharian tu penting! Sesetengah orang ada je yang cakap,

"Alaaa… aku okay je produk ni. Murah pun murah, tak naik jerawat pun muka aku"






Memang lah. Sesetengah produk tu, memang tak nampak kesan luaran dia. Tapi, tahu tak apa jadi dalaman? Apa efek dia kat diri kita, secara tak langsung?

Mendedahkan kita pada hal hal merbahaya ke yang kita takkan tahu benda tu jadi kecuali bila benda tu dah betul betul jadi? Horror kan? Nanti dah terlambat, dah takleh nak buat apa dah. Horror kan?





7 TIPS MEMILIH SKINCARE YANG TERBAIK


Dan sebab ni lah, saya nak kongsi kongsi sikit 7 Tips Memilih Skincare Yang Terbaik so lepas ni awak semua boleh lah gunakan tips ni bila nak cari skincare, okay?



Check Apa Yang Mereka Kata Tu


Kadang kadang, orang yang buat skincare tu suka tiru fesyen orang sekarang ni, “sembang lebih”.

Macam macam mereka kata kat kotak atau produk tu sebab nak gain trust dari kita yang nak membeli ni. Lagi lagi pulak, perempuan kan? Seronok lah kita nak dengar benda benda camtu.

Yang biasanya ada kat market macam “dermatologically tested”, “made for sensitive skin”, “organic” dan few others. Pastu pulak, sometimes jual harga murah sungguh. Betul ke? Pastikan cerita mereka tu sahih, buat lah rujukan sikit.

Sebab mana mungkin dengan claim atau “sembang” mereka tu, boleh buat dengan harga yang sangat murah. Check dulu tau!



Jenis Minyak Yang Digunakan


Selalunya, pembuat skincare ni akan letak nama nama yang biasa ni sebagai salah satu bahan bahan yang digunapakai untuk buat skincare tu dan bahan bahan ni ialah “crude oil” atau MINYAK MENTAH!

Antaranya; “mineral oil aka paraffinum liquidum” atau “petrolatum aka petroleum jelly” dan few others. 

Kenapa nak guna minyak mentah ni? Kita nak pakai kat muka kot kan? 




Sebab, minyak mentah ni MURAH dan TAHAN LAMA! Boleh buat dan simpan lama lama so senang lah, sebab kitaran dia lagi lama selamat kat kedai sebab lambat nak expired.

Tapi, apa “horror” hal ni pada kita? Bukan kita telan pun kan? Memang lah tak telan, tapi bahan bahan ni boleh / mampu dedahkan kita pada toksin!

Bukan saja dedahkan, tapi ada potensi untuk toksin turut terkandung dalam bahan bahan tu tahu tak? So, contoh lah kan?

Bila kita sapu krim malam lah kan, yang mengandungi benda benda ni… bukan ke tu sama macam kau tuang minyak hitam kereta tu atas kepala kau?

Haa… awak sedar kan sekarang? Bertapa “horror ke horror” hal ni? Haih. Bahaya sungguh!



Periksa Penggunaan Bahan Awet (Perservatives) Dalam Produk


Bukan lah nak suruh awak masuk makmal sains dah buat pemeriksaan. Hihi. Tapi, tengok benda benda yang mudah je lah.



Macam… nama nama bahan awet yang selalu mereka gunakan macam “paraben” atau “phenoxyethanol” dan macam macam tu lah.

Takmo guna yang ada these thing okay? Tapi kenapa???


Paraben - boleh akibatkan breast and skin cancer, kacau hormon kita;
Phenoxyethanol - boleh mengganggu sistem saraf kita



Elak Skincare Yang Bau Wangi Wangi Tu


Kalau boleh, toksah lah beli yang wangi wangi tu. Bukannya apa, wangi tu bukannya wangi bunga betul betul pun. Mostly, semua tu sintetik. Bila guna sintetik, mereka gunakan petroleum atau tar. 

Di mana bahan bahan ni, boleh menggalakkan pertumbuhan kanser, alahan kulit (yang naik ruam ruam bintik kecik, kadang kadang gatal seluruh badan), etc. Bahaya.

Nampak elok je kan, tapi sebenarnya bahaya lah sangat! Hati hati. 



Baca Ingredients / Tulisan Kecik Kecik Kat Belakang Atau Kotak Tu


Bahan bahan dia yang nampak macam tak bersalah macam Sodium Laureth Sulphate (SLS) nampak macam ingredient biasa, siap dengan nama saintifik lagi kan? Tapi, bahan ni memang bahaya.

Ini daripada coconut oil sebenarnya, tapi bukan nak cakap minyak kelapa tu tak elok. But SLS ni yang tak elok sebab campuran untuk dijadikan SLS ni boleh buatkan kulit alah dan alergi akan berterusan.



Jangan Terpengaruh Dengan Iklan


Banyak iklan sekarang tentang macam macam jenis skincare; especially dengan iklan yang sangatlah hype. 



Penuh dengan kata kata memujuk hati Putih Dalam Masa 3 Hari, Cantik Berseri Sekelip Mata, Jerawat Takkan Tumbuh Sampai Mati dan lain lain seangkatan!

Mana lah logik ye dak? Tapi surprisingly ada je pembelinya; peminatnya.

Bukan apa, sekarang mungkin tak nampak, tapi taknak lah nanti kena sakit kronik disebabkan skincare yang sembang lebih ni.

Tak berbaloi kan? Lagi lagi kalau kulit kita memang tengah problem time tu kan?



Sabar Itu Separuh Dari Iman


Bila beli produk yang bagus, jangan lah pulak nak emosi bila baru 2 hari tapi takde efek! Proses pemulihan kulit bukannya sehari dua. Contohnya: berapa lama jerawat tu ada di muka?

Takkan lah 1-2 hari dah boleh lupuskan ye dak? Tak logik lah lagu tu kan? Takleh lah nak emo pulak tak pasal sebab pakai baru kejap pastu tak de hasil.

Sabar lah dulu. Sebab ni produk bagus, bukan jenis hype tu. Kan?

Ha… tu je 7 Tips Memilih Skincare Yang Terbaik dari saya, Cik Lisa Wangi. 😍 

Selamat berjaya!




7 TIPS MEMILIH SKINCARE YANG TERBAIK - APA KATA CIK LISA SEBENARNYA? 


Kalau rasa nak tengok Cik Lisa pot pet tentang ni, boleh jugak lelaju ke blog entri 7 Tips Memilih Skincare Yang Terbaik  sebab Cik Lisa ada kongsi video Cik Lisa sebelum ni.


Rasanya tu saja untuk kali ni. Nanti Cik Lisa sambung lagi di lain entri.

Terima kasih dan assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: