In Bisnes Online Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Emosi Keperluan Pengawalan Emosi Siapa Kita Tanpa Emosi Superstar Tsunami tsunami shaklee Ultimate 5

Inside Out: Kepentingan Emosi Dalam Kehidupan Seharian

Masa terluang, kadang kadang kita isi dengan membuat aktiviti yang kita suka kan? Shopping ke, travel dekat dekat ke atau hari malas would be bermalas malasan kat rumah dan tengok apa apa filem kat TV kan? Sejak saya berhenti dari kerja tetap saya sebagai seorang pengurus di salah satu syarikat pembinaan besar yang terkenal di Malaysia ni dan lepas Daftar Jadi Ahli Shaklee dan bertekad untuk buat Shaklee sebagai Bisnes Online saya, banyak masa terluang yang saya mampu habiskan bersama ahli keluarga yang lain. 😂 Seronok tu takyah nak cerita lah, sebab anak anak sedara saya dah lebih banyak nampak muka saya, asyik asyik muka saya, asyik asyik muka saya; so mereka dah kenal dah muka mokcik dia ni. 😅 Kalau dulu, bila ada family gathering, asyik asyik saya takde, asyik asyik saya takde kan? 

Dalam banyak masa terluang yang ada bersama keluarga, tengok TV adalah aktiviti bersama. Kadang tu, bukan nak tengok sangat pun cerita tu, tapi sebab sama sama ramai ramai berkumpul, syok woo!!! 😂 (Luahan perasaan budak yang keje tak benti dolu dolu, camni lah! Excited tak pasai on small, little things kan?)

Dalam tengok tengok cerita yang ada tu, ternampak lah ada re-run Inside Out kat TV. Senyum sendirian. Sebab apa? Sebab ni ialah feveret saya. Sangat sangat feveret! 😅 Mungkin ada antara awak yang senyap senyap kata kat saya dalam hati kan,

"Ek eleh, budak ni nak konon konon cute lah tu. Nak cakap cerita kartun as cerita feveret dia, pfft!!"

Hihi. Tak kisah lah awak. Sebab saya ada alasan saya yang tersendiri kenapa saya suka, eh in fact, SERONOK nak cakap INSIDE OUT ni ialah filem feveret saya! Nak tahu kenapa tak?

Okay, memang lah ia hanyalah kartun. Tapi, kartun yang dibuat oleh Disney selalunya, ialah kartun yang 'berkelas tinggi'. Apa maksud tu? Kartun kelas atasan? Raja raja dan orang orang kaya je boleh tonton? Hihi. Tak lah. Maksud saya; mereka (Disney) selalunya buat kartun ni penuh dengan nilai nilai awesome, samada directly or indirectly melalui watak watak, jalan cerita, background dan lokasi dan macam macam lagi lah. Mereka fikir into that little, pesky details tahu dok? Sebenarnya, kalau nak suruh pilih... banyak. Saya ada banyak kartun Disney yang saya suka, but untuk hari ini, saya pilih INSIDE OUT! 😎

WHY? Awak pernah tengok kartun tu? Tahu jalan cerita dia? Atau, tengok tapi tak faham? Cerita agak confused? Atau, awak tak rasa apa apa yang best pun tentang cerita tu? 🤓

Okaylah. Macam ni. Saya bagitau awak. Apa kisahnya Inside Out ni, okay? Sebab ni cerita kartun and kanak kanak akan terdorong untuk tonton cerita ni (walaupun saya bukan kanak kanak, tapi saya pun turut terdorong! 🤣), watak utama dalam cerita ni ialah Riley. Riley ni kanak kanak perempuan yang berumur 11 tahun kot dan merupakan satu satunya anak untuk ibu bapa dia. Kira macam the only child lah kan? Awak ingat tak time awak umur cenggitu? Apa yang awak ingat masa tu? Itu ialah waktu kita membesar ye dok? Masa kita nak buat semua benda sendiri, kita rasa kita dah nak masuk zaman remaja or yet, zaman dah besar lah. Semua benda nak buat sendiri kan? 😜 So, same goes with Riley. 

Masa ni lah jugak, all emotions switched on! Ye lah, kata mula nak dewasa kan? Semua emosi lah kiranya; joy (gembira), anger (marah), disgust (jijik), fear (takut) dan sadness (sedih). Tapi, we all know that semua orang ada emosi kan? Saya, awak, awak, awak, awak, dia, mereka dan semua lah. Emosi kita membentuk siapa diri kita. Macam Riley, disebabkan bapak dia ada masalah kerja (masalah orang dewasa lah kan?), mereka kena pindah rumah. Away dari rumah yang dia duduk dari kecik. Dia tak berapa nak suka lah. Emosi dia bercampur baur. Ini lah masa dia bila lima emosi tu get in the picture! Disebabkan macam macam hal, tambahan pulak si Riley tengah nak membesar kan; so sekejap dia marah, pastu sedih, then takut... macam macam. Semua serba tak kena. And at some point, dia macam dah letih dan nak give up dengan life dan emosi. Macam separa emotionless. 

Kenapa saya suka sangat filem kartun ni? Kartun je pun...? Saya suka sangat sangat sebab kartun Inside Out ni cerita tentang emosi. Selama ni kita akan rasa alah, emosi tu datang dan pergi kan? Takde hal lah. Tak effect apa pun. 

Tu lah dia yang salah nya. Dia datang dan pergi, betul. Tapi emosi jugak akan terperap dalam minda kita. Sebab tu kalau awak sedar, saya asyik asyik cakap pasal KEKAL POSITIF. Kenapa kena kekal positif? Sebab kita nak minda kita register benda benda baik, benda benda positif. Nanti emosi yang keluar pun emosi yang riang ria. Tak perlu ada kesedihan melampau atau kemarahan tanpa henti. Semua tu tak perlu dominasi pemikiran kita. 

Saya suka Inside Out, sebab dia ajar kita untuk kawal emosi. Untuk tenang dan absorb positivity untuk kekal awesome!!! 👏🏻 

Oh, on a separate note kan... (walau point ni taklah penting pun, 😂), tapi kawan kawan saya kata saya macam "Joy" tu dalam Inside Out. Haha. Awak rasa betul ke? 

Okay lah. Tu je hari untuk hari ni. Maaf lambat. Saya tersangkut kat bank like forever and ever and ever! 🤦🏻‍♀️ Tapi nasib baik lah saya ni "Joy"! 🤣


Assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: