In Beli Produk Shaklee Cara Buat Bisnes Online Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Kenapa Perlu Makan Supplements Sayur Dan Supplements Dua Dua Penting superstars tsunami tsunami shaklee Ultimate 5

Saya Makan Sayur Hari Hari Jadi Saya Tak Perlu Makan Supplement Lagi

Dalam pada saya melakukan perubahan drastik dalam hidup saya bila saya mula dengan idea untuk buat Bisnes Online Shaklee secara serius bermula bulan lepas, walaupun sudah Daftar Jadi Ahli Shaklee sejak 2013 lagi; banyak juga cabaran yang saya terima dari prospek dan adakalanya ahli keluarga dan kawan kawan rapat! Bermulanya kisah hidup saya untuk memberikan mereka kepastian tentang keperluan supplement dalam hidup adalah isu terpenting dan bukannya boleh dibuat main! Sebab saya sememangnya dah Daftar Jadi Ahli Shaklee dari dulu lagi walaupun tidak hebat dengan laluan Bisnes Online Shaklee saya lagi… tapi alhamdulillah saya tahu apa kelebihan Shaklee dan kenapa sebabnya supplement ini penting dalam hidup seharian kita semua. 

Itu lah yang saya acapkali berusaha untuk sampaikan kepada setiap siapa yang saya jumpa, tapi metafornya; dalam satu bakul yang dipenuhi bual epal, tak mungkin semuanya ialah epal yang cantik dan berkilauan kan? Tentunya ada yang rongak ditembusi ulat beluncas ataupun lebam hitam yang jatuh kencang dari pokok dua hari yang lalu kan? Semestinya! Hal jadi lagi mengharukan dan menyayat hati, bila golongan epal beluncas ini terdiri daripada mereka yang rapat dengan saya? Oh Tuhan! Besar betul ujian-Mu padaku.

“Sayur kan dah makan?? Aku dah makan macam macam dah ikut sebijik macam piramid makanan tu. Apahal plak aku nak beli vitamin kau?? Pandai menipu lah kau ni!”

“Eh, bila plak kau  memandai sekarang jadi doktor ni? Bukan ke kau tu keje construction?? Melebih lah kau ni! Mana lah aku nak percaya kat kau ni? Bukan bertauliah pun nak ceramah kat aku pasal kesihatan?!!”

“Asal boleh je kau ni kan?? Nak buat untung punya pasal, sanggup main dengan nyawa orang???”

Apa perasaan awak bila dapat respond sebegini bila mereka dapat tahu yang saya sedang mula berjinak jinak untuk Bisnes Online Shaklee saya…? Mencabar tak? Habis diuji dengan jayanya, kan? Tapi, saya sabarkan hati dan teruskan macam biasa. Nak stress sangat pun, tak ke mana pun. Ye dak? Saya dah pandai untuk tak stress on things yang tak perlu. Buat pendek nyawa je. 

Tak kurang juga ada prospek yang asing, yang completely stranger tanya benda yang sama jugak. Selalunya, mereka akan kaitkan sayur dan supplements. Haha. Macam lah, supplements tu bersayuran pulak kan? Dah tu, tak cukup vitamin lah mereka yang tak makan sayur dan supplement tu? Gitu? Tak pun mereka yang tak makan sayur, tapi makan supplement… tetap tak sihat sebab takde sayur dalam badan? Hoho. Pening lah mereka ni.

Tapi apa yang penting dan perlu saya katakan kat sini ialah; sayur dan supplement, dua dua pun penting. Sayur tu penting sebab dia antara salah satu makanan yang ada dalam piramid makanan seimbang seharian untuk kita dapat setiap nutrients yang cukup dalam badan kan? Dan supplement tu pulak, macam nama dia sendiri; ialah makanan tambahan yang badan kita perlukan untuk melengkapkan nutrients dalam badan kita untuk pastikan kita sihat sepanjang masa. Bila nutrients cukup dalam badan kita, semua organ dan sistem dalaman riang gembira. Macam kita jugak. Cuba awak tengok atau fikirkan, awak ada rasa nak sakit tak bila awak tu riang ria? Bila awak bergelak ketawa? Tak kan? Begitu jugak dengan ‘mereka’, organ organ dan sistem badan tu. Cukup nutrients, rianglah mereka. Simple as. Supplements juga menyediakan sistem imunisasi kita supaya lebih kuat dan tak diserang penyakit kan, dan perkara ini juga disokong oleh Medical Online dengan entri bertajuk ‘Daily Vitamin Supplements’ dan mengupas kenapa kita perlukan supplements dalam kehidupan. Oh, dan lagi satu benda penting yang awak perlu ingat ya? Tak semua nutrisi atau vitamin tu badan kita boleh hasilkan sendiri tau? Contohnya; vitamin C. Badan kita tak boleh menghasilkan Vitamin C tu sendiri, sebab tu lah kita perlu ambil makanan tambahan! Ada beberapa golongan yang ada Vitamin C deficiency; di mana mereka kurang Vitamin C. Ha, ni lah mereka yang kononnya; 'Aku dah makan sayur, cukup dah! Tak perlu supplement ni semua...!' Susah jugak nak cerita bila mereka lebih pandai berdebat walaupun takde isi di dada. Kan?

Dan dalam artikel oleh Dr. Hyman yang bertajuk ‘Do You Need Nutritional Supplements?’ juga membincangkan kenapa badan kita memerlukan supplements selain dari pemakanan yang seimbang. Beliau juga ada menekankan bahawa supplements yang penting dan jenis supplements itu juga penting. Tak semestinya kita makan supplements, kita ingat that is it! Dah makan supplement RM10 cukup lah. Supplement sama je mana mana? Ehem! Maaf! Salah pemahaman tu di situ. Nak makan supplements pun kena lah dapatkan supplements yang elok; bersih dan selamat. Macam Shaklee ni, saya tak perlu risau. Beberapa kajian yang dilakukan, memang dah disahkan dan dibuktikan Shaklee memainkan peranan penting untuk memastikan produk mereka adalah yang terbaik dan tidak akan mendatangkan kecelakaan untuk pengguna mereka, selari dengan Dr. Shaklee beliefs; apa apa sekalipun, kesihatan dan keselamatan pengguna adalah yang terpenting dan yang dimahukan olehnya sebelum apa apa produk dikeluarkan kepada orang awam! Hal ni saya dah kupas dalam blog entri saya sebelum ni bertajuk, 'Apa Istimewa Si Dia, Sampai Saya Sungguh Terpikat Nak Mula Bisnes Shaklee?'  dan menceritakan bagaimana Dr. Shaklee in person, begitu juga dengan entri saya bertajuk 'Landmark Study Shaklee Bukti Produk Shaklee Berkesan dan Selamat'

Pada awalnya, isu ni dah saya bincangkan di post saya sebelum ni bertajuk ‘5 Sebab Penting Kenapa Kita Masih Memerlukan Supplements Setiap Hari’ membincangkan keperluan supplements dalam kehidupan kita seharian. Kenapa ya tapi? Banyak sebab dia. Antaranya ialah; ‘kesihatan’ tanah tanaman kita tu sendiri. ‘Soil deficiency’. Bila tanah yang sama digunapakai berulang kali tanpa apa apa ‘rotation’ atau olahan; sumber vitamin dan nutrient dalam tanah akan sedikit demi sedikit hilang atau berkurangan. Bila hal ni terjadi; mula lah hasil daripada tanaman tu pun tak cukup sifat zat zatnya. Sebagai contoh; bayam yang ditanam pada tahun 1953 dan bayam yang ditanam pada tahun 2000. Perubahan yang mengejutkan bila kajian dijalankan dan mendapat 1 mangkuk bayam di tahun 1953 itu bersamaan dengan 43 mangkuk untuk tahun 2000, menunjukkan semakin lama, nutrisi dalam tanah semakin berkurangan untuk menghasilkan sayur yang berkualiti, cuma akan dapat nutrients sebanyak tu kalau kita tambah kuantiti untuk makan seharian. Itu tahun 2000. Bagaimana pulak ceritanya hari ni? Oh, ingat ya…? Untuk mendapatkan nutrisi yang diterangkan tentang bayam tu pulak, ialah berdasarkan semangkuk bayam mentah. Ya, betul tu. BAYAM MENTAH! Boleh ke nak makan bayam mentah, katakan 43 mangkuk untuk cukup kandungan nutrisi per serving harian? Haha. Jadi arnab lah lepas ni, makan sayur bermangkuk mangkuk ya? 

Cerita dan olahan lengkap tentang ini boleh dibaca di post sebelumnya bertajuk ‘5 Sebab Penting Kenapa Kita Masih Memerlukan Supplements Setiap Hari’.

Jadi, adakah awak dah betul betul faham sekarang kenapa sayur dan supplements tu penting dalam pemakanan seharian kita dan tidak ada maknanya untuk awak pilih kesukaan awak dan lempar yang mana tak diperlukan? Oh, macam saya katakan lah… kecuali awak tak kisah untuk makan bermangkuk mangkuk sayur mentah setiap hari… hmm, if macamtu, then lain sikit lah ceritanya. Hihi.


Sampai jumpa lagi.

Related Articles

0 comments: