In Adab Berbisnes bisnes online shaklee Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Cara Efektif Follow Up Prospek Superstar Tsunami tsunami shaklee Ultimate 5

5 Cara Efektif Follow Up Prospek

Percaya tak, kalau saya cakap yang ADAB tu penting bukan hanya time nak kawen yang kita kena jaga sopan santun tatasusila depan keluarga bakal suami atau isteri.

Atau nak melawat orang sakit kat hospital yang sakit tenat like so soon to go tak boleh lah kau nak gelak gelak riang macam nak jadi comedian terkenal pulak.

Or even nak masuk rumah orang takleh pulak nak masuk pakai kasut buat buat macam kat overseas kan? Dan semestinya dengan orang orang tua, bila jalan bongkok lah sikit lalu depan mereka kan tunjuk tanda hormat atau pun benda basic ialah ADAB kat mana mana kan?

Even dalam bisnes pun, ADAB tu amatlah PENTING tahu tak? Dulu saya tahu ADAB dalam kehidupan seharian, basic lah tu.

Tapi ADAB dalam bisnes saya mula acah acah buat tahu sejak saya Daftar Jadi Ahli Shaklee dan buat Bisnes Online Shaklee secara serius dari awal bulan lepas. Siapa kata bila kita buat Bisnes Online Shaklee kita ingat itu benda mudah dan tak perlu pikir apa apa? Budak sekolah rendah pun boleh kawteem. Ya ke? 😱

Chup! Ni dulu. Saya cerita ni dulu. Ada sesetengah orang, circle of friends dia ialah close friends dan actual friends mereka sendiri. Kawan kawan yang mereka bersama mungkin dari sekolah rendah.

Ntah ada yang dari tadika, ye lah. Sebab pada awalnya, FB hanyalah tempat kawan lama bertemu kekasih lama? Eh. Maksudnya, platform virtual ala ala jejak kasih lah kan, but lebih kepada platform gembira buat orang excited jumpa kawan lama kan? 

Tapi bila senario kawan kawan dalam FB kau dah habis habisan ‘paksa’ dia beli jualan, apakah? Macamana nak buat tu? Horror tak? In a way, prospek ialah KAWAN dan potentially boleh jadi CUSTOMER jugak?!

Kadang kadang, punya lah kau 'hard sell', kawan pun kau tala... sebab nak buat sales punya pasal, sampai kawan kau sendiri UNFRIEND kau? Ha, ini lah bila ADAB tak masuk dalam etika dan fahaman berbisnes seseorang tu tahu tak?

Tak sedih ke kawan kau taknak kawan sebab kau asyik sibuk PAKSA DIA BELI??? Dan dia terpaksa melangkah pergi sebab dia tak sanggup nak hadap muka awak asyik asyik jual produk kat dia? 

Cakap orang, tapi saya pun sama jugak. 😅 Especially time awal awal, ye lah mana nak reti buat sales and semua tu ialah 'benang halus' antara dua perkara tu kan? Untuk menjual dan untuk paksa menjual.

Percayalah, ada dah kot kawan kawan saya yang dah block diri saya ni dari list of contacts mereka 😅. Saya betul betul mintak maaf dan saya akan cuba lebih baik lepas ni.

Awak semua pun tahu saya tak berapa nak reti sangat part ni, but hey… bayi pun bukan lahir lahir tahu jalan betul kan? Dan bila kita darjah satu pun, kita tak pun datang datang dah tahu cikgu nak ajar apa kan?

Lepas fikir fikir semula dan ambil kira apa yang dah berlaku selama ni... sebenarnya, semua benda ni datang dari satu hal je sebenarnya. Nak tahu apa? NIAT. Niat kita waktu tu. Niat kita berbisnes. Apa yang kita nak. Itu je pun sebenarnya.

So... sekarang ni, apa apa yang saya buat, saya check balik apa niat saya untuk hari itu. Untuk produk tu dan prospek tu. Sebab kadang kadang, prospek tak semestinya cakap harini, dan dan tu dia nak beli.

Or tanya macam macam soalan, tak semestinya nak beli jugak. Semua tu bergantung pada keadaan. Pada ADAB kita sewaktu bercerita jugak.

ADAB tu lah yang akan menentukan prospek tu nak berubah jadi customer atau tak. Haih! Jadi, apa sebenarnya RAHSIA saya dapat customer selama ni? Tak ada rahsia pun sebenarnya, 😂 sungguh!

Tapi, saya kongsi lah 5 Cara Efektif Follow Up Prospek selama saya dah buat Bisnes Online Shaklee sejak awal bulan lepas.

1. JAGA ADAB SEORANG MANUSIA SESAMA MANUSIA YANG LAIN

Jadi lah orang bisnes yang BERADAB bila bercakap. Jangan ingat bila dah banyak duit, kita layak untuk jadi KURANG HORMAT pada orang lain. Jangan sebab dah bertungkus lumus dok explain kat customer berjam jam  pastu bila dia akhirnya kata, “nanti saya pikir lah dulu, nanti saya call awak” dan dan tu jugak awak naik angin and naik suara.

Apa benda macam tu? Awak tu kena HORMAT dia sebagai seorang pembeli, sebab dia takde obligation untuk beli dari awak. Awak tak boleh lah nak PAKSA dia beli apa yang awak jual. Sabar. Setiap yang berlaku mesti ada sebab munasabah. ALLAH kan sebaik baik PERANCANG.

2. NIAT AWAK BERBISNES TU PENTING

Niat kita nak tolong bukan nak suruh dia borong. Proposed produk ikut apa KEPERLUAN dia, bukan KETINGGIAN untung / points untuk diri awak! Apa apa pun, tolong lah narrow down siap siap apa sebenarnya NIAT awak nak berbisnes ni?

Betul. Nak cari wang sampingan, duit lebih, etc. Tapi, JUJUR lah berbisnes, tak rugi apa pun. Kalau awak dok sibuk calculate keuntungan dalam kepala dan seboleh bolehnya nak PUSH customer untuk beli SET TERMAHAL walaupun awak tahu dia tak mungkin mampu…

Awak rasa rasa lah, untung ke awak? Awak tak rasa kesian ke awak dah aniaya orang? Awak ingat berkat ke duit jualan paksa awak tu? Cuba fikir.

3. JANGAN PILIH BULU 

Ambil tahu pasal prospek ikhlas dari hati nurani awak tu bukan dari nilai wang ringgit dalam poket dia. Jangan PILIH customer feveret sebab dia BANYAK DUIT dan tindas customer yang TAK BERDUIT.

Sama rata, tah tah yang awak ingat takde duit tu lah, lagi banyak beli produk! Asal Datin tu beli set beribu ribu, kau tatang dia macam minyak penuh. Student uni yang beli dua botol vitamins, kau endah tak endah sebab belian dia tak sampai RM200?

Murni ke jiwa awak tu buat camtu? Setiap customer tu, manusia tahu tak? Manusia ada perasaan. Awak yakin ke bulan depan Datin tu datang nak beli lagi? Sebab awak layan dia extra special? Awak tak fikir ke student tadi tu dia belajar kat uni?

Dia banyak kawan tahu tak? Bayangkan satu fakulti, ada maybe beribu student. Satu uni yang banyak fakulti, ada beribu lemon student tak? Awak rasa, layanan horror awak kat dia tu, bagus mana pun produk awak jual, awak ingat dia nak rekemen awak?

Hoi! Mimpi lah kau. Haha. Ha, faham dok?

4. KENALI DIA AT LEAST HAL HAL BASIC

ENGAGE dengan mereka. Ambik tahu siapa dia. Eh eh, ni awak siap cakap dengan dia kat phone, pastu fikir… letak nama dalam phone; Prospek 1. Haha. Kalau ada 3 prospek je takpe, ni ada 100.

Rasa rasa bila tak ikhlas buat sesuatu perkara, berbahagia tak awak pasni? Agak agak lah time nak follow up tu; jangan sesuka hati nak call bila awak senang! Sebab tu kena amik tahu pasal PROSPEK!

Hormat waktu orang lain. Contoh: prospek anak 3 kecik kecik lagi. Jangan pulak call time budak budak kecik tido. Tak pun, masa dinner. Dia nak layan anak lagi, nak layan awak lagi… Haih! Cuba try guna benda yang ALLAH letak dalam tempurung kepala tu. Please!

5. IKHLAS & HARUS DATANG DARI DALAM HATI SANUBARI DIRI SENDIRI TAU!

Jangan jadi seseorang yang BOSAN. Follow up kena datang dari HATI bukan dari BUKU NOTA! Ikut skrip follow up? Seriously? Awak tu robot ke? Adoi! Oh pendek kata jangan lah jadi robot dan bermuka muka. Orang menyampah tahu tak? Jujur sikit. Tanya dengan ikhlas. 

Let it comes naturally. Ikhlas itu berbaloi.

TAK PERLU nak ikut skrip atau bacaan dari iklan orang lain. Walaupun awak tulis sebijik macam dia, percayalah aura tu takkan sama. Sungguh. Cuba lah kalau tak percaya. Lagi lagi kalau reader awak sendiri tahu siapa dan macamana lenggok awak bercakap, it just won’t work lah! Percaya lah benda ni. 

Dah dapat tak apa yang saya berkobar kobar kongsi dengan awak semua ni? Takyah risau lah, saya memula pun lagi kekok nak berdansa dalam dunia bisnes ni. Lagi lah tak tau apa. Orang menari zapin, saya perform pantomin.

Orang joget lambak, saya baca sajak! Gagal. Tapi pernah dengar kan, “gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya”. Jadi cuba, cuba dan terus mencuba. Eh, tapi jangan repeat benda sama berulang kali. Confirm lah akan terus tak jadi, tak jadi dan tak jadi!

Hoho. Jangan lah ngong sangat k? Fikir. Betul ni. FIKIR DULU ok?

Dan selamat berbisnes untuk semua rakan niaga.


Assalamualaikum.

Related Articles

0 comments: